Dua anggota tentera maut akibat letupan bom

11 hours ago 8
GAMBAR HIASAN
  • Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
  • 16 Jun 2026, 2:39 pm

GURUN – Dua anggota tentera dilaporkan maut dipercayai akibat terkena letupan bom di lapang sasar Kem Hobart, di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika anggota lelaki dan wanita itu menjalani latihan di lapang sasar tersebut.

Difahamkan, kedua-dua mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan maklumat pertama diterima pada pukul 12.30 tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |