Choo Seong berlari 290km demi Dara, Amoi, Kelat

11 hours ago 6
Larian yang dikenali sebagai Larian Solidariti Bersama DAK itu akan bermula dari Taiping pada 17 Jun ini sebelum berakhir di bangunan Parlimen.
  • Oleh KOSMO!
  • 14 Jun 2026, 2:44 pm

TAIPING – Seorang aktivis yang juga Ketua Penerangan Pemuda MCA Kebangsaan, Neow Choo Seong akan membuat larian solo sejauh 290 kilometer (km) selama enam hari merentasi tiga negeri sebagai simbol solidariti bagi memperjuangkan nasib tiga ekor gajah Malaysia iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Jepun.

Larian yang dikenali sebagai Larian Solidariti Bersama DAK itu akan bermula dari Taiping ke Ipoh menuju Kampar bersambung ke Tapah dan diteruskan ke Bidor, Tanjung Malim, Selayang sebelum berakhir di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur pada 22 Jun.

Menurut Sekretariat Solidariti Bersama DAK, inisiatif tersebut bertujuan menarik perhatian kerajaan serta pihak berkepentingan terhadap kebajikan ketiga-tiga haiwan berkenaan yang didakwa semakin merosot sejak dipindahkan ke Jepun pada 11 Mac lalu.

“Satu petisyen akan diserahkan di pintu masuk utama bangunan Parlimen pada hari pertama persidangan Dewan Rakyat, 22 Jun ini kepada Wee Ka Siong untuk dibawa dan disuarakan dalam sidang Parlimen.

“Perjuangan ini memerlukan sokongan rakyat Malaysia agar kebajikan haiwan ikonik negara sentiasa terpelihara dan mendapat perhatian sewajarnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |