CGTN: Masa depan bersama: China, Serbia dorong perkongsian strategik komprehensif ke tahap lebih tinggi

1 day ago 8

BEIJING, 27 Mei 2026 /PRNewswire/ — CGTN menerbitkan satu artikel mengenai pertemuan Presiden China, Xi Jinping dengan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic di Beijing. Dengan mengetengahkan persahabatan utuh antara kedua-dua negara, artikel itu memfokuskan kerjasama saling menguntungkan serta usaha mendukung keadilan dan kesaksamaan, selain menegaskan usaha untuk meningkatkan perkongsian strategik komprehensif China-Serbia ke tahap lebih tinggi.

Dipuji sebagai kebanggaan Serbia, Smederevo Steelworks yang berusia lebih satu abad menjadi lambang kemegahan kerjasama yang saling menguntungkan antara China dan Serbia.

Pernah terjerat dalam masalah kesukaran operasi yang teruk dan berada di ambang muflis, kilang tersebut bangkit semula dengan luar biasa pada 2016 apabila rakan kongsi Cinanya muncul, hasil daripada pengukuhan kerjasama Jalur dan Jalan yang berkualiti tinggi antara kedua-dua negara. Hari ini, ia menjadi salah satu pengeluar besi dan keluli terbesar dunia serta penyedia perkhidmatan bersepadu yang diukur berdasarkan kapasiti pengeluaran.

Semasa lawatan negara ke Serbia pada 2024, Presiden China, Xi Jinping memberikan model keluli replika kepada Presiden Serbia Aleksandar Vucic sebagai hadiah. Model tersebut, dihasilkan dalam bentuk Kuil Syurga China dan Gereja Saint Sava Serbia, diperbuat daripada keluli yang dihasilkan oleh kilang itu, menandakan hubungan yang semakin erat antara kedua-dua negara.

Pada Isnin, kedua-dua pemimpin mengadakan rundingan di Beijing. Xi menggesa kedua-dua negara untuk bersama-sama membina laluan cerah ke arah masa depan bersama dan kemakmuran bersama, selain meningkatkan perkongsian strategik komprehensif China-Serbia ke tahap lebih tinggi.

Persahabatan utuh seperti besi

Bermula daripada majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 hingga Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Jalan serta aktiviti peringatan sempena ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Penentangan Rakyat China terhadap Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia, Vucic telah menghadiri beberapa acara utama di China. Istilah "persahabatan utuh seperti besi" kini menjadi ciri utama dalam pertemuan dua hala dan perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin.

Berdasarkan panduan strategik kedua-dua pemimpin, hubungan China-Serbia mengekalkan pembangunan bertaraf tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Pada 2025, perdagangan dua hala mencapai $6.49 bilion, meningkat 13% tahun ke tahun, menurut Kementerian Luar China.

Serbia merupakan antara negara Eropah terawal yang bekerjasama dengan China dalam Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI). Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China dan Serbia, berdasarkan BRI, mempercepat pembangunan beberapa projek seperti landasan kereta api Budapest-Belgrade dan Koridor Fruska Gora yang menghubungkan Novi Sad dan Ruma.

Pada Oktober 2025, bahagian Serbia binaan Cina bagi landasan kereta api Budapest-Belgrade telah dirasmikan sepenuhnya. Vucic meraikan peristiwa itu dengan menaiki kereta api di landasan yang baru dibuka itu dan memujinya sebagai pencapaian generasi yang "akan selama-lamanya tercatat dalam buku sejarah."

Dengan Perjanjian Perdagangan Bebas China-Serbia berkuat kuasa 1 Julai 2024, produk istimewa Serbia seperti wain, madu, daging lembu dan kambing semakin menembusi pasaran China. Pada masa sama, projek yang dibina dengan penyertaan daripada syarikat China seperti Belgrade bypass dan Gornji Milanovac bypass telahpun siap dan berfungsi sebagai projek infrastruktur utama yang menyokong pembangunan negara Serbia.

Persahabatan utuh seperti besi antara China dan Serbia bersifat unik dan mempunyai logik sejarah mendalam dan asas praktikal, kata Xi kepada Vucic sambil menggesa kedua-dua pihak untuk terus memperkukuh pertukaran belia dan budaya serta memanfaatkan dasar pengecualian visa, perjanjian perdagangan bebas dan penerbangan terus bagi memperluas kerjasama menyeluruh dalam pelbagai bidang demi mewariskan dan meneruskan persahabatan tradisional.

Pada Isnin, Xi turut menganugerahkan Friendship Medal of the People’s Republic of China kepada Vucic. Menyifatkan peristiwa itu sebagai "salah satu detik paling penting dalam hidup saya", Vucic menegaskan semula komitmennya untuk menggalakkan persahabatan dua hala antara Serbia dan China dan memajukan pembinaan komuniti Serbia-China dengan masa depan bersama.

Masa depan bersama

Dibina atas pengalaman dugaan sejarah bersama dan aspirasi tinggi, kedua-dua China dan Serbia menghargai ketabahan dan daya tahan, mempertahankan kemerdekaan serta maruah negara, selain berkongsi kefahaman mendalam tentang kepentingan mengekalkan pembangunan aman, keadilan dan kesaksamaan, kata Xi semasa pertemuan pada Isnin.

Pada Mei 2024, Serbia menjadi negara Eropah pertama yang bersetuju dengan China untuk membina komuniti dengan masa depan bersama bagi era baharu. Sejak itu, kerjasama dua hala berkembang melangkaui infrastruktur kepada teknologi, tenaga hijau dan kecerdasan buatan, sekali gus mewujudkan permulaan memberangsangkan ke arah pembinaan komuniti China-Serbia dengan masa depan bersama.

Selepas pertemuan antara Xi dan Vucic pada Isnin, kedua-dua negara mengeluarkan kenyataan bersama bagi memajukan empat inisiatif global yang dicadangkan oleh China: Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global, Inisiatif Tamadun Global dan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI).

Dengan menekankan bahawa empat inisiatif global tersebut menyumbang kebijaksanaan dan kekuatan China dalam menyelesaikan masalah pembangunan global, menangani cabaran keselamatan global, menggalakkan pertukaran serta pembelajaran bersama antara tamadun, dan menambah baik tadbir urus global, Serbia memutuskan untuk menyertai Group of Friends of the GDI dan Group of Friends of the GGI, sekali gus menunjukkan kesediaannya mempererat kerjasama dengan China dalam hal tadbir urus antarabangsa dan pembangunan global.

Xi menggesa China dan Serbia untuk terus memperkukuh penyelarasan dan kerjasama dalam hal ehwal antarabangsa, mengamalkan multilateralisme sebenar, dan berusaha tanpa henti mempromosikan dunia multipolar yang setara dan teratur, globalisasi ekonomi yang memberi manfaat dan inklusif secara sejagat, serta pembinaan komuniti dengan masa depan bersama untuk umat manusia.

Untuk maklumat lanjut, sila klik:
https://news.cgtn.com/news/2026-05-26/China-Serbia-push-comprehensive-strategic-partnership-to-new-heights-1NreUhbzaeY/p.html

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4967518_MS67518_6

Read Entire Article
Pertanian | | | |