PETALING JAYA – Selepas seharian dikecam netizen gara-gara dikatakan menjadi orang ketiga dalam hubungan Fify Azmi dan Niezam Zaidi, pempengaruh kontroversi asal Singapura dikenali sebagai Sarah Yasmine akhirnya bersuara.
Menurut wanita itu, dia dan Niezam tidak menjalin hubungan istimewa, sebaliknya mereka hanya bersahabat baik.
“Apa yang kalian katakan tentang saya dalam Threads, perkara tersebut tidak betul. Saya dan Niezam kawan yang sangat rapat — mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam drama Dia Bukan Syurga.
“Walaupun kami cuma untuk mengenali masing-masing, tetapi kami berdua tiada persefahaman. Jadi kami mengambil keputusan untuk kekal sebagai kawan. Daripada kawan kami jadi kawan baik kemudian bertukar menjadi kawan yang sangat rapat sampailah sekarang.
“Ketika saya mengenali Niezam, dia tidak lagi bersama dengan Fify. Tetapi saya tahu Niezam masih sayangkan Fify. Jadi saya cuba elak daripada berlaku sebarang drama. Saya sendiri memberi motivasi kepada Niezam untuk pulihkan keadaan dengan Fify,” katanya dalam sebuah video yang dikongsikan dalam Threads.
Mengulas mengenai tangkap layar perbualannya dengan Niezam yang dikongsikan Fify, kata Sarah, pelakon itu merancang untuk ‘menjatuhkan’ Niezam.
“Dah berbulan-bulan dia rancang untuk jatuhkan Niezam. Dia tahu saya dan Niezam berkawan. Dia sendiri pernah burukkan Niezam pada saya.
“Mesej saya dengan Niezam adalah mesej seorang sahabat yang sudah lama kenal. Bukannya saya baru nak mesej dia. Dia hubungi saya kerana dia memerlukan seorang teman ketika itu.
“Dalam masa yang sama, dia cerita situasinya yang baru pindah rumah. Jadi saya pergi ke rumahnya untuk tolong apa yang patut. Kami bukan berdua sahaja dalam rumah itu. Kawan-kawan dia semua ada. Lepas kemas rumah kami pergi main pickle ball dan pergi makan,” jelasnya.
Bercerita lanjut tentang kisah cadar yang menjadi bahan ejekan netizen, kata Sarah, situasi tersebut bukan seperti apa yang netizen bayangkan.
“Keadaan rumah dia ketika itu sangat berselerak. Tiada tempat duduk dan tempat paling bersih untuk duduk ketika itu adalah di katil.
“Niezam seorang yang sangat menghormati saya. Saya tak tahu macam mana nak jelaskan kepada kalian. Tetapi dia sejenis yang sangat menjaga saya dan takkan biar saya dekat dengan benda yang kotor dan berhabuk.
“Jadi bab cadar itu tiada apa-apa pun. Kalian sahaja yang membuat spekulasi yang bukan-bukan,” kongsinya.
Kongsinya lagi, dia sudah menghubungi Fify dan memarahi wanita itu atas apa yang dilakukannya.
Di penghujung video tersebut, Sarah turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan Fify sebelum ini di mana aktres itu dilihat mengadu tentang masalahnya dengan Niezam.
Semalam, kecoh dalam Threads apabila Fify berkongsi tangkap layar mesej perbualan dikatakan melibatkan pempengaruh itu dan bekas kekasihnya, Niezam Zaidi. – KOSMO! ONLINE

16 hours ago
9















![[VIDEO] MB Negeri Sembilan umum bubar DUN berkuat kuasa 5 Jun](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/06/WhatsApp-Image-2026-06-04-at-23.44.18.jpeg)





























