‘Bukan Mechamato, tetapi Toruk Makto’

5 hours ago 3

PETALING JAYA – Ramai sebelum ini menggelarkan pesawat pejuang Sukhoi Su-30 MKM dengan corak cat atau ‘livery’ Jalur Gemilang sebagai ‘Mechamato’.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian di laman Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), gelaran sebenar pesawat tempur terbabit adalah ‘Toruk Makto’.

Jelas TUDM, di dunia fiksyen Avatar, gelaran ‘Toruk Makto’ hanya diberikan kepada mereka yang berjaya menjinakkan dan menunggang Toruk, makhluk udara paling ganas di Pandora yang digelar The Last Shadow.

Namun, dalam budaya Na’vi, hanya jiwa yang tulen dan suci mampu menunggang makhluk tersebut dan seperti kata mereka, ‘only a pure soul can ride a Toruk’.

“Di dunia nyata, sosok juruterbang pesawat tempur Su-30MKM mencerminkan semangat yang sama. Su-30MKM bukan sekadar mesin perang, ia adalah “makhluk besi” yang memerlukan pengendali berjiwa besar.

“Dilengkapi dengan teknologi generasi 4.5, keupayaan supermanuver dan senjata canggih, pesawat ini hanya tunduk kepada mereka yang benar-benar layak, bukan hanya dari segi fizikal dan mental, tetapi juga moral,”kata TUDM.

Menurut TUDM, seperti ‘Toruk Makto’, juruterbang Su-30MKM adalah “Rider of The Last Shadow” dalam dunia nyata.

Katanya, mereka adalah insan terpilih, bukan semata-mata kerana kehebatan mereka, tetapi kerana ketulenan jiwa mereka.

“Dalam kokpit, seorang juruterbang perlu membuat keputusan dalam detik yang mendebarkan, kadang kala antara hidup dan mati. Keputusan yang hanya boleh dibuat oleh jiwa yang murni tanpa niat peribadi dan tanpa ego.

“Mereka terbang tinggi bukan untuk menunjuk kuasa, tetapi untuk melindungi kedaulatan negara. Mereka adalah penjaga langit sepertimana dalam lagenda Pandora, hanya yang tulus akan dipercayai untuk menunggang “bayang terakhir”,”jelas TUDM.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |