Beri saya masa 2 minggu- Trump 

7 hours ago 5

WASHINGTON – Presiden Donald Trump berkata semalam bahawa beliau akan memutuskan sama ada untuk menyertai serangan Israel ke atas Iran dalam masa dua minggu lagi kerana masih ada peluang ‘besar’ untuk rundingan menamatkan konflik.

Penangguhan Trump itu boleh membuka ruang untuk diplomasi, selepas beberapa hari dunia tertunggu-tunggu sama ada beliau akan mengarahkan tindakan ketenteraan ke atas Tehran.

Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt membacakan mesej Trump selepas apa yang dipanggilnya ‘hari yang banyak spekulasi’ sama ada Amerika Syarikat akan terlibat secara langsung dalam konflik Iran-Israel.

“Berdasarkan fakta bahawa terdapat peluang besar untuk rundingan yang mungkin berlaku atau tidak dengan Iran dalam masa terdekat, saya akan membuat keputusan sama ada meneruskan (menyertai perang) atau sebaliknya dalam tempoh dua minggu akan datang,” kata Trump dalam kenyataan itu.

Trump turut menetapkan tarikh akhir dua minggu berhubung topik sukar lain pada masa lalu, termasuk perang Rusia-Ukraine, namun Leavitt menafikan beliau enggan keputusan mengenai perang Irael-Iran.

“Jika ada peluang untuk diplomasi, Presiden Trump sentiasa akan merebutnya tetapi beliau juga tidak takut untuk menggunakan kekuatan (tentera),” kata Leavitt.

Beberapa tokoh utama dalam dasar Trump iaitu Jadikan Amerika Hebat Semula (MAGA) termasuk pengulas Tucker Carlson dan bekas pembantunya Steve Bannon lantang menentang serangan AS ke atas Iran.

Janji Trump untuk mengeluarkan Amerika Syarikat daripada ‘perang tidak berkesudahan’ di Asia Barat memainkan peranan penting dalam  dalam kemenangan beliau pada pilihan raya 2016 dan 2024. – AGENSI 

Read Entire Article
Pertanian | | | |