TANJUNG MALIM – Seramai 36 penumpang warga India berdepan detik cemas apabila bas persiaran dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer (KM) 392.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini kira-kira pukul 3.39 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, bas persiaran itu terbabas sendiri dan melanggar penghadang jalan sebelum masuk ke dalam longkang.
“Pemandu tidak mengalami kecederaan dan kesemua 36 penumpang dipindahkan ke bas lain untuk perjalanan ke Ipoh. Cuaca dan keadaan jalan baik semasa kemalangan berlaku,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE