PETALING JAYA – Orang ramai mengambil kesempatan pulang ke ibu negara hari ini, biarpun ada daripada mereka masih bercuti panjang termasuk cuti sekolah serta umum sehingga Selasa ini.
Berdasarkan perkongsian di media sosial mendapati, pengguna berkongsi kesesakan dialami di lebuh raya utama menghala ke ibu negara, malah ada yang terpaksa menggunakan laluan dalam, namun ia juga sesak dengan kenderaan.
Pengguna Thread, Nissays turut memuat naik dua gambar kesesakan selepas keluar dari Plaza Tol Bentong menghala ke Gombak petang tadi.
“Awalnya orang Pantai Timo (Timur) balik KL (Kuala Lumpur). Bukan cuti sampai Selasa ke? Sekian kemas kini trafik Tol Bentong ke Gombak,” katanya pada hantaran berkenaan.
Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna termasuk yang melalui jalan tersebut, selain ada yang berkongsi gambar di ruangan komen.
“Apasal semua awal balik?,” komen seorang pengguna Thread Ztilsymimi.
“Terpaksa aku ‘merangkak’ lalu jalan lama, turun Genting Sempah. Okey lah,” komen Izasarliza.
“Kita ada sangkaan dan pemikiran sama, ‘ni mesti semua balik Isnin atau Selasa’. Noh, sekali Ahad dah jem (sesak), semua balik hari ni,” komen Azmyn.azyz.
“Tol Bentong tu bukan musim cuti pun jem, kalau musim cuti musim raya lagi dua tiga kali ganda,” kata Najwarasdi.
“Diorang balik nak habiskan cuti di KL pula. Tadi saya keluar pergi TRX, Planetarium, NU Sentral ramai. Ingatkan tenang sikit, tapi rupa-rupanya KL dah kembali meriah,” kata Syikin Nikiysa.
Terdahulu, Jabatan Perdana Menteri memaklumkan, sambutan Hari Wesak yang jatuh pada hari ini melayakkan pekerja menerima cuti gantian pada Selasa ini, selaras dengan peruntukan semasa yang berkuat kuasa.
Dalam masa sama, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada esok yang merupakan cuti umum wajib perlu diberikan kepada pekerja dan tidak boleh digantikan, sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
3


![[VIDEO] Pokok buluh kuning, kelapa gading, ciku kegemaran ‘makhluk halus’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/pkok.jpeg)



![[VIDEO] ‘Orang nak mengelak hantu, dia mengundang hantu’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-31-at-2.24.40-PM.jpeg)







![[VIDEO] Bangunan bersejarah Pulau Pinang ‘Odeon Cinema’ terbakar](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/WhatsApp-Image-2026-05-31-at-12.04.02-AM.jpeg)































