Anwar ucap tahniah kepada Modi, paling lama berkhidmat

2 hours ago 3
Anwar memuat naik gambar bersama Modi pada Facebooknya hari ini.
  • Oleh KOSMO!
  • 10 Jun 2026, 10:49 am

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya, Perdana Menteri India, Narendra Modi atas pencapaian bersejarah menjadi Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik paling lama berkhidmat dalam sejarah India.

Anwar menerusi hantaran Facebook berkata, pencapaian ini merupakan bukti kepada dedikasi dan kepimpinan beliau selama bertahun-tahun dalam memacu pembangunan, kemakmuran serta memperkukuhkan kedudukan India di pentas global.

“Malaysia amat menghargai hubungan persahabatan rapat dan sekian lama terjalin dengan India. Saya berharap dapat meneruskan kerjasama dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluaskan peluang untuk rakyat kedua-dua negara.

“Saya mendoakan Perdana Menteri Modi terus mencapai kejayaan, dan rakyat India terus menikmati keamanan, kemajuan serta kemakmuran,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |