Amanah pertaruh dua ketua pemuda untuk PRN Johor, Negeri Sembilan

5 hours ago 6
KHAIROL NAJIB.
  • Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
  • 13 Jun 2026, 2:15 pm

TANJUNG MALIM – Amanah mempertaruhkan masing-masing dua ketua pemuda parti tersebut semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini dan Negeri Sembilan yang diadakan 1 Ogos nanti.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda Amanah, Khairol Najib Hashim berkata, Ketua Pemuda Amanah Johor iaitu Muhammad Taqiuddin Cheman yang berumur 38 tahun akan bertanding di salah satu Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor.

“Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan iaitu Mohd. Hanis Alimin berumur 37 tahun akan bertanding di salah satu DUN pada PRN Negeri Sembilan. Pengumuman kedua-dua calon ini akan dimaklumkan oleh Presiden (Datuk Seri Mohamad Sabu) tidak lama lagi temasuk kawasan DUN.

“Kita juga menghantar calon-calon golongan muda lain untuk dipertimbangkan oleh parti pada kedua-dua PRN tersebut. Kombinasi golongan muda dan berpengalaman amat penting pada pilihan raya kali ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, jentera Pemuda Amanah telah bersedia untuk berhadapan dalam kedua-dua PRN tersebut terutama memenangkan calon Pakatan Harapan (PH). – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |