GERAM melihat gelagat Siti yang semakin menjadi-jadi dalam media sosial, netizen menyeru Afwa agar menutup Wi-Fi di telefon bimbit ibunya (Siti).
- Oleh HIBGLAM
- 23 Mei 2026, 10:00 am
DATUK Seri Siti Nurhaliza buat hal lagi! Bukan sahaja luar biasa di pentas nyanyian tetapi juga sebagai penghibur dalam media sosial. Semuanya disebabkan selepas Siti membuat konten dengan menggunakan suara latar milik seorang pempengaruh yang memuji kecantikan sendiri.
“Akak ini lawa betul, aku tak pernah lawa main-main.
“Bak kata orang, aku memang kalau lawa itu, aku all out” katanya dalam video tersebut.
Rata-rata terhibur dengan gelagat Biduanita Negara yang sering menghiburkan ramai dengan konten-konten lucu sebegitu.
“Walaupun dialog video ini masuk bakul angkat sendiri, okey saja sebab Siti Nurhaliza!
“Afwa tolong tutup Wi-Fi ibu! Terhibur betul dengan Siti sekarang, makin menjadi-jadi lawak dia,” komen netizen.

17 hours ago
9















































