Operasi pencegahan samseng jalanan di Lebuh Raya Link kedua di Iskandar Puteri, Johor Bahru, malam tadi.
- Oleh MUHAMMAD ZIKRI
- 23 Ogos 2026, 7:30 pm
ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 48 buah motosikal ditahan dalam operasi pencegahan samseng jalanan di Lebuh Raya Link Kedua, disini, malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Supritendan Saifullah Jaya@ Yahya berkata, turut ditahan 48 lelaki dan dua perempuan tempatan berusia lingkungan umur 15 tahun hingga 28 tahun.
Katanya, sebanyak 75 keping saman telah dikeluarkan diatas pelbagai kesalahan tidak mematuhi spesifikasi kenderaan yang ditetapkan dan turut menyita 31 buah motosikal.
“Sitaan tersebut dibawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 diatas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, tiada perlindungan insuran dan ubah suai ekzos.
“Selain nombor pendaftaran fancy dan tidak mengikut peraturan, tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi dan lain-lain kesalahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Saifullah, kawasan operasi merupakan lokasi penunggang motosikal berkumpul, membuat bising dan aksi merbahaya sehingga mengundang rungutan daripada pengguna jalan raya yang lain.- KOSMO! ONLINE

1 day ago
8



































![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)













