’37 tahun tidak berbaloi untuk kakak bertahan’

4 hours ago 4

PETALING JAYA – Kisah seorang wanita yang berkongsi mengenai perkahwinannya bertahan selama 37 tahun walaupun hubungan penuh toksik mendapat reaksi pelbagai di media sosial, hari ini.

Perkongsian itu dibuat susulan tersebarnya berita isteri Fikry Ibrahim yang memfailkan penceraian lepas empat bulan mendirikan rumah tangga.

Dalam satu hantaran yang tular, Nor menceritakan pengalamannya sepanjang 37 tahun berumah tangga, yang menurutnya penuh dengan pelbagai cabaran bermula daripada konflik keluarga mentua, rakan-rakan yang tidak menjaga rahsia, sehinggalah masalah suami panas baran dan kerap kekurangan wang.

“Saya sudah berkahwin lebih kurang selama 37 tahun. Bergaduh, baik, curang, ibu mertua masuk campur, adik-beradik talam dua muka, jiran penyibuk, kawan kaki mengadu, suami baran, tak cukup duit dan pelbagai masalah yang dihadapi.

“Apabila dikenangkan semula, banyak betul masalah yang dilalui sehingga bergaduh dan suami naik tangan pun pernah tapi itulah jodoh masih bertahan meski hati terkadang hancur,” tulisnya menerusi satu hantaran.

Hantaran tersebut telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, khususnya yang berpendapat hubungan sedemikian tidak wajar diteruskan meskipun atas nama cinta atau kesetiaan.

“Saya rasa macam tak berbaloi untuk 37 tahun kakak menjalani kehidupan seperti ini. Takkan tak pernah terfikir nak keluar daripada hubungan toksik dan mencari kehidupan yang baik?” luah Naaa.

“Itu namanya hidup dalam kepura-puraan, apa pun, itu kau punya masalah kakak. Aku tak rasa kau bahagia biarkan diri kau dan anak-anak dalam kehidupan macam tu. Kalau aku, dah lama angkat kaki sebab yang pasti bercerai itu dibolehkan dalam Islam,” komen Myraah.

“Daripada terseksa 37 tahun, aku rasa baik bercerai sahaja sebab banyaknya ujian,” kata Nafeesya.

Dalam pada itu, rata-rata orang ramai turut berpendapat netizen yang menghormati keteguhan wanita itu dan melihatnya sebagai simbol kekuatan serta kesabaran.

“Kita semua ini watak sahaja dekat atas muka bumi. Sepanjang 37 tahun, kakak itu dapat pahala yang besar berkat kesabaran dan kesetiaan dia,” ujar Reena.

“Alhamdulillah, akak memang hebat mempunyai kesabaran setinggi angkasa. Semoga awak bahagia dengan pilihan sendiri sebab jaga kain sendiri, kain orang lain biar dia jaga,” kata Marlyna. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |