Keadaan kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan di Jalan Tunku Abdul Halim petang ini. IHSAN KLCCC DBKL
- Oleh HARRITH HISHAM
- 9 Jun 2026, 8:59 pm
KUALA LUMPUR – Pengguna jalan raya dijangka berdepan kesesakan susulan kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini petang tadi.
Menurut Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kemalangan membabitkan tiga buah lori serta lima kereta.
Difahamkan kejadian berlaku berhampiran susur masuk ke Istana Negara Baru menghala ke Semantan yang menyebabkan lorong kiri terhalang.
Setakat ini, pihak polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan. – KOSMO! ONLINE

4 hours ago
3













































