23 maut hari pertama Aidiladha

14 hours ago 8
Gambar hiasan.
  • Oleh MOHD. FAHMI ISMAIL
  • 28 Mei 2026, 9:54 am

PETALING JAYA – Sebanyak 23 kematian direkodkan dalam 1,225 kes kemalangan jalan raya di seluruh negara pada hari pertama sambutan Hari Raya Aidiladha semalam.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia memaklumkan, jumlah kemalangan menunjukkan penurunan sebanyak 646 kes berbanding 1,871 kes yang direkodkan hari sebelumnya.

“Bagaimanapun, jumlah kematian meningkat sebanyak lapan kes berbanding 15 kematian yang direkodkan pada Isnin,” kata JSPT menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya terus mematuhi peraturan jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah sepanjang musim perayaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |