KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengeluarkan lesen kepada sebanyak 20 buah syarikat untuk melombong emas secara sah di negeri ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, daripada jumlah itu, empat syarikat sahaja yang aktif melakukan kerja-kerja melombong emas di beberapa lokasi di negeri ini.
Menurutnya, empat syarikat itu ialah CNMC dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Yayasan Kraftangan Malaysia, Warisan Tiara dan PKINK melalui Syarikat Prima Warisan Venture.
“Sebanyak 19 daripada 20 syarikat itu terdiri daripada syarikat berskala kecil seperti Yayasan Kraftangan Malaysia, Warisan Tiara dan PKINK melalui Syarikat Prima Warisan Venture.
“Hanya satu syarikat yang berskala besar iaitu CNMC kerana mereka berkemampuan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada Persidangan Kali Ketiga Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan (Belanjawan) di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mohamed Fadzli memberitahu, kerajaan negeri mengalu-alukan syarikat bumiputera yang mempunyai kepakaran, kemampuan untuk melakukan kerja-kerja tersebut selain benar-benar mahu melombong dan bukan menjual untuk terlibat dalam aktiviti perlombongan di Kelantan.
Mengulas dakwaan perlombongan emas haram di Kursial, Tanah Merah dekat sini, Mohamed Fadzli berkata, isu tersebut disifatkan sebagai khabar angin semata-mata dan hasil kajian yang dilakukan mendapati tiada pelanggaran berlaku atau jualan emas secara haram.
Katanya, kerajaan negeri sedang menunggu laporan penuh berkaitan dakwaan tersebut.
“Dasar penjualan emas mentah dikawal melalui peruntukan Enakmen Urusan Emas Mentah 1991. Enakmen tersebut memperuntukkan syarat utama yang memerlukan pembeli emas mentah di Kelantan mempunyai lesen membeli emas mentah yang dikeluarkan oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan.
“Jika berlaku sebarang pelanggaran semasa kerja-kerja perlombongan dijalankan, agensi berkaitan seperti Jabatan Mineral dan Geosains dan Jabatan Alam Sekitar akan bertanggungjawab untuk mengambil sebarang tindakan yang wajar di bawah peruntukan undang-undang masing-masing,” ujarnya.
Mohamed Fadzli berkata, sebarang pelanggaran syarat di dalam lesen tenemen mineral atau di dalam Enakmen Mineral 2001 akan berdepan tindakan perlucutan atau pembatalan lesen tenemen mineral oleh Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri melalui peruntukan Enakmen Mineral 2001. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
3
![[VIDEO] Migran hanyut diselamatkan kapal dagang, kapal layar dan bot nelayan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/migran-bot-karam.jpeg)




![[VIDEO] Bot karam: Ramai masih hilang, bot dipercayai karam dekat Pulau Tarutao](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/bot-karam-rohingya.jpeg)










![[VIDEO] PDRM setaraf negara maju boleh jejak ‘ds account’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/media-sosial-gambar-hiasan.jpeg)
































