KUALA LUMPUR – Tidak cepat melatah, kumpulan Insomniacks kekal tenang apabila tular gambar dalam media sosial yang disunting menggunakan kecerdasan buatan (AI) seolah-olah memperlihatkan mereka sedang berpeluk dan bermesra dengan peminat wanita.
Ujar vokalisnya, Iqie atau nama sebenarnya Syed Mir Iqbal, 28, trend seperti itu sudah menjadi kebiasaan dalam dunia digital masa kini namun tetap menegaskan peminat mereka sentiasa beradab dan tahu menjaga batas.
“Sebelum ini pun pernah ada gambar digabung menggunakan AI. Itu memang trend sekarang.
“Tapi saya percaya mereka buat begitu pun untuk suka-suka sahaja, tidak lebih daripada itu.
“Penyokong kami sangat menghormati dan tidak pernah buat perkara di luar batas. Mereka semua ‘cool’ dan matang,” katanya kepada Kosmo! Online.
Tambah pelantun lagu Pulang itu, mereka tidak menolak kreativiti peminat yang sering menghasilkan karya seni berasaskan minat terhadap kumpulan terbabit, termasuk lukisan dan suntingan gambar sendiri.
“Banyak kali juga kami terima hasil seni daripada mereka, termasuk lukisan, kolaj dan hadiah buatan tangan.
“Semua dibuat sendiri, dan itu sesuatu yang kami sangat hargai. Itu sudah menjadi tanda kasih peminat terhadap kami,” ujarnya pada sidang media Malam Simfoni Luka, baru-baru ini.
Iqie turut mendedahkan bahawa mereka sering menerima mesej peribadi (DM) daripada peminat, namun mengakui tidak mampu membalas semua disebabkan jumlahnya yang terlalu banyak.
Pun begitu, mereka tidak pernah menganggap mesej-mesej tersebut sebagai gangguan, sebaliknya melihat semua itu sebagai bukti sokongan kukuh daripada peminat.
“Kebanyakan mesej bukan benda pelik, selalunya mereka kongsi cerita hidup, minta nasihat atau sekadar bersembang. Kadang-kadang kami balas, kadang tidak, bergantung pada masa.
“Kalau dalam Instagram, susah nak tengok semua, tapi kalau dalam Telegram (platform rasmi kelab peminat), kami akan cuba juga balas. Semua bergantung pada keadaan
“Kalau boleh, memang nak balas semua mesej. Tapi bila terlalu ramai, kami pilih untuk periksa mesej yang nampak penting atau serius. Kadang-kadang kami kena juga ambil tahu kalau ada peminat yang betul-betul perlukan semangat,” jelasnya.
Terdahulu, tular beberapa gambar dalam media sosial memperlihatkan anggota kumpulan Insomniacks seolah-olah berpelukan antara satu sama lain dengan peminat, dipercayai hasil suntingan menggunakan teknologi AI. – KOSMO! ONLINE

2 hours ago
3
![[VIDEO] Migran hanyut diselamatkan kapal dagang, kapal layar dan bot nelayan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/migran-bot-karam.jpeg)




![[VIDEO] Bot karam: Ramai masih hilang, bot dipercayai karam dekat Pulau Tarutao](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/bot-karam-rohingya.jpeg)










![[VIDEO] PDRM setaraf negara maju boleh jejak ‘ds account’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/media-sosial-gambar-hiasan.jpeg)
































