2 anak kecil bertunang, keluarga dikritik 

7 hours ago 4
Tangkap layar video menunjukkan keluarga lelaki serta perempuan bergambar beramai-ramai. - TikTok 
  • Oleh KOSMO
  • 23 Mei 2026, 8:30 pm

JAKARTA – Sebuah majlis pertunangan di Indonesia menerima kritikan  orang ramai apabila dua keluarga mempertunangkan dua anak mereka yang masih di bawah umur, lapor portal berita Lambe Turah. 

Pasangan bawah umur itu dikenali sebagai Athan dan Balena. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @jakarta.fess menunjukkan ibu bapa lelaki serta perempuan bergambar sambil memegang hantaran. 

Selain pencuci mulut seperti kek dan mufin, salah satu hantaran mengandungi barang keperluan bayi. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kahwinnya 20 tahun akan datang,” kata seorang netizen. 

“Demi apa sampai tunang pada usia itu?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |