PETALING JAYA – Chinese New Year Bazar 2026 sedang berlangsung di Madison Square, Resorts World Genting, Genting Highlands, Pahang yang menghimpunkan inovasi kulinari, budaya global dan ekonomi kreatif dalam satu festival berskala besar yang bertujuan untuk memperkasa usahawan halal pada masa kini.
Program anjuran Zada Event Management (Zada Event) itu bekerjasama dengan Pasar Eatai dan CP Ventures untuk memberi peluang dan menawarkan platform kepada usahawan makanan dan minuman dalam industri halal memperluaskan jaringan pasaran serta rangkaian pasaran selain mengukuhkan jenama masing-masing.
Ketua Pegawai Operasi Zada Event, Steven Idris berkata, acara ini lebih daripada sekadar bazar perayaan, festival ini direka sebagai platform untuk komuniti usahawan halal mempamerka inovasi, kreativiti dan peluang komersial dalam suasana berimpak tinggi.

“Dengan kehadiran pengunjung tempatan serta pelancong antarabangsa sepanjang musim Tahun Baru Cina, acara ini menjadi peluang strategik untuk memperkenalkan produk halal kepada pasaran global secara langsung,” katanya dalam kenyataan.
Chinese New Year Bazar 2026 menampilkan pengalaman gaya hidup halal yang moden dan inklusif iaitu daripada makanan jalanan trend global, makanan pemanis mulut yang tular, konsep kulinari Muslim antarabangsa hingga pengalaman festival yang immersive dan instagrammable.
Seiring dengan aliran pengunjung yang konsisten sepanjang tempoh acara, khususnya pada musim cuti perayaan dan hujung minggu, festival ini telah memberi impak langsung kepada pertumbuhan vendor, pengembangan pasaran usahawan tempatan serta pengukuhan industri pelancongan berasaskan pengalaman. -KOSMO! ONLINE

2 hours ago
3
![[VIDEO] ‘Tahulah kubur masing-masing, kiblat tak payah masing-masing’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-2.21.30-PM.jpeg)

![[VIDEO] Ramai rupanya ‘rider’ jadi mangsa sambung jalan di MRR2](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-1.47.35-PM.jpeg)








![[VIDEO] Ajal di rumah Allah ketika sedang solat](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-10.22.04-AM.jpeg)
![[VIDEO] Hari pertama Ramadan, bazar penuh manusia sampai tak boleh jalan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/3ab022d7-793b-4408-ac09-869af620d8a7.jpeg)




































