JOHOR BAHRU – Tindakan terhadap bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli yang didakwa melanggar etika dan disiplin parti akan diputuskan sekiranya terdapat aduan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, aduan mengenai Ahli Parlimen Pandan itu perlu disalurkan kepada Lembaga Disiplin PKR.
“Sekiranya ada aduan. Ia disalurkan kepada lembaga disiplin dan lembaga disiplin yang ambil tindakan. (Berhubung perkara itu) tanya lembaga disiplin,” katanya ringkas.
Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata demikian selepas melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) Peringkat Kebangsaan 2026 di Bazar Ramadan Rahmah Perling, di sini hari ini.
Ahad lalu, beberapa bekas menteri dan ahli Parlimen PKR termasuk Razifi, Nik Nazmi Nik Ahmad, Wong Chen dan Rodziah Ismail menyertai Himpunan Tangkap Azam Baki di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.
Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi yang berucap pada perhimpunan aman itu dengan lantang mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki dipecat kerana isu pemilihan saham.
Tindakan PKR yang berdiam diri mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk pemimpin dari Barisan Nasional (BN).
Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar berkata, Lembaga Disiplin PKR perlu mencontohi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berani memecat timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kerana melanggar etika parti itu.
“Kalau Muhyiddin berani pecat Hamzah dan yang lain-lain kerana atas kesalahan melanggar etika parti, nak tanya PKR tak berani ke bertindak seperti Bersatu yang selamba sahaja memecat ahli-ahlinya yang melanggar etika dan disiplin parti.
“Saya nak tengok sangat keberanian Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR bertindak ke atas Rafizi,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin lalu.-KOSMO! ONLINE

2 hours ago
3



![[VIDEO] ‘Selesai iddah 130 hari, pertama kali mak datang rumah baru abah’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-5.31.01-PM.jpeg)
![[VIDEO] ‘Mungkin dia buat kuih dekat bengkel motor’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-4.51.47-PM.jpeg)

![[VIDEO]’Terima kasih Cikgu Ben, kenalkan SK Balar kepada kami’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-3.55.02-PM.jpeg)




![[VIDEO] ‘Tahulah kubur masing-masing, kiblat tak payah masing-masing’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-2.21.30-PM.jpeg)

![[VIDEO] Ramai rupanya ‘rider’ jadi mangsa sambung jalan di MRR2](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/02/WhatsApp-Image-2026-02-20-at-1.47.35-PM.jpeg)



































