17 individu ‘cemar’ malam merdeka ditahan di PD

2 weeks ago 16
Antara individu yang diperiksa dalam Operasi Bersepadu (Ops Padu) di sebuah pusat penginapan di pantai peranginan ini, awal pagi tadi. -IHSAN JHEAINS
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 31 Ogos 2025, 2:04 pm

PORT DICKSON – Seramai 17 individu termasuk sembilan wanita berusia 20 hingga 50 tahun ditahan dalam operasi bersepadu Ops Padu di pantai peranginan ini, di sini awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd. Asri Abdullah berkata, dalam operasi bermula pukul 10 malam itu, kesemua yang ditahan didapati tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.

Katanya, 13 individu merupakan rakyat tempatan, manakala dua lagi masing-masing warga Filipina dan Indonesia.

“Mereka dibawa ke Pejabat Agama Islam Port Dickson untuk tindakan lanjut dan siasatan dijalankan di bawah Penguatkuasaan Seksyen 61(1) Percubaan Persetubuhan Haram.

“Dalam hal ini, JHEAINS komited untuk terus memastikan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat khususnya beragama Islam di samping pelaksanaan tindakan selaras dengan undang-undang berkuatkuasa,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |