Selamba merokok di stesen minyak, kan dah meletup!

2 hours ago 2
SEORANG lelaki melarikan diri ketika api semakin membesar. - Foto X
  • Oleh KOSMO!
  • 8 November 2025, 8:30 pm

BRASILIA – Sekumpulan individu nyaris maut selepas salah seorang daripada mereka menyalakan rokok yang mencetuskan letupan di sebuah stesen minyak di Brazil, lapor portal berita MailOnline semalam.

Insiden itu berlaku di bandar Timon yang terletak di negeri Maranhao, timur laut negara tersebut pada malam Isnin lalu.

Rakaman video menunjukkan detik dramatik ketika nyalaan api besar menjulang naik ke udara selepas seorang lelaki menjatuhkan mancis yang digunakan.

Nyalaan api besar menyebabkan dia dan rakan-rakannya lari menyelamatkan diri, malah hampir mengenai seorang pemandu lori yang sedang mengisi diesel.

Tiada sesiapa cedera dalam kejadian itu, manakala petugas stesen minyak bertindak pantas dalam tempoh beberapa saat dengan menggunakan alat pemadam api bagi memadamkan kebakaran. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |