
- Oleh KOSMO!
- 31 Ogos 2025, 4:46 pm
MELAKA – Seramai 100 individu yang dilahirkan pada tarikh keramat 31 Ogos diraikan oleh Yayasan Belia Sedunia (WYF) sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di sini, hari ini.
Pengerusi WYF, Datuk Ridhwan Mohd. Ali berkata, peserta yang diraikan berusia antara 67 tahun hingga yang termuda berusia setahun.
“Tujuan utama bukan semata-mata meraikan ulang tahun kelahiran pada tarikh kemerdekaan, sebaliknya menjadi wadah menyemai semangat patriotisme dalam kalangan semua generasi.
“Ia juga berperanan mengeratkan hubungan masyarakat selain memberikan pengalaman bermakna kepada mereka yang lahir pada 31 Ogos,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Jadi Anak Merdeka yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir.
Turut hadir adalah Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman.-KOSMO! ONLINE