Rumah mangsa di Kampung Kuala Geris, Kuala Krai.
- Oleh ROHANA MOHD. NAWI
- 6 Ogos 2025, 11:42 am
KUALA KRAI – Seorang warga emas maut selepas dipercayai dipukul dengan kerusi kayu oleh anaknya semasa sedang menunaikan solat subuh dalam kejadian di Kampung Kuala Geris di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa yang berusia 74 tahun meninggal dunia di rumah tersebut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Difahamkan, anak lelaki mangsa yang berusia 40 tahun itu merupakan penagih dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

3 months ago
39





![[VIDEO] Drebar bas pecut elak ditahan sebab ikut cakap majikan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-11.34.19_a5272c08.jpg)


![[VIDEO] ‘Guru besar ke? Nampak besar sangat ‘kabel’ dia guna…’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-10.32.20_1d1c3e72.jpg)



![[VIDEO] Selepas 7 tahun masuk Islam, giliran maknya pula ucap syahadah](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_0555.jpeg)




































