TATKALA dunia hiburan larut dengan kisah sensasi dan kontroversi peribadi artis, sutradara Indonesia, Jastis Arimba mengambil langkah berani dengan mengangkat isu kemanusiaan sejagat menerusi filem terbaharunya, Hayya 3: Gaza.
Naskhah kemanusiaan itu bukan sekadar sebuah tontonan biasa, sebaliknya menjadi wadah menyampaikan mesej perjuangan dan penderitaan rakyat Palestin yang menjadi sasaran kekejaman rejim Zionis.
Menurut Jastis, Hayya 3: Gaza dizahirkan atas rasa tanggungjawabnya sebagai insan dengan menggunakan medium filem sebagai ‘senjata’ buat mereka yang tidak mampu bersuara.
Jastis mengakui bukan mudah meralisasikan naskhah itu, banyak dugaan perlu ditempuh termasuk beberapa jenama yang berminat menyalurkan dana tiba-tiba menarik diri kerana mempunyai hubungan kerjasama dengan Israel.
“Bukan semua orang berani menzahirkan pendirian mereka secara terbuka tapi saya bersyukur kerana masih ada yang menyokong perjuangan ini dengan cara tersendiri.
“Malah, ada yang menyumbangkan dana tetapi memilih untuk merahsiakan identiti demi kelangsungan karier,” katanya semasa sidang media Hayya 3: Gaza, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Jastis menjelaskan hasil kutipan tayangan filem tersebut bukan untuk tujuan komersial semata-mata sebaliknya turut disalurkan kepada tabung kemanusiaan bagi membantu penduduk Gaza.
“Saya sangat berharap Hayya 3: Gaza dapat sambutan kerana 10 peratus hasil kutipan tiket akan disalurkan ke tabung kemanusiaan bagi membantu mangsa perang di Gaza. Sekiranya misi ini berjaya, kami dapat menghasilkan karya sebegini lagi selepas ini,” jelasnya.
Tambah pengarah itu, proses penggambaran Hayya 3: Gaza berjalan lancar walaupun hati bagai disiat terutama ketika babak penderitaan kanak-kanak dan wanita di Palestin.
“Alhamdlillah, mudah (dapat rakaman). Saya bukan buat sebagai seorang Muslim tetapi atas nama manusia. Kita sama-sama anti-Israel antipenjajahan, menyuarakan apa yang dunia patut tahu mengenai penindasan yang berlaku di Gaza menerusi sebuah filem.
“Peluang menghasilkan naskhah ini satu kehormatan dan kebanggaan buat saya dan keluarga. Saya berharap rakyat Malaysia menonton filem ini,” katanya.

2 hours ago
1

![[VIDEO] ‘Guru besar ke? Nampak besar sangat ‘kabel’ dia guna…’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-10.32.20_1d1c3e72.jpg)



![[VIDEO] Selepas 7 tahun masuk Islam, giliran maknya pula ucap syahadah](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_0555.jpeg)











































