[VIDEO] Saya nak siapkan sebelum pergi…

14 hours ago 4

PETALING JAYA – Ketekunan luar biasa seorang lelaki penghidap kanser tahap akhir yang juga pejuang penyakit myasthenia gravis menyentuh hati netizen apabila dia tetap tabah menulis semula Mushaf al-Quran meskipun dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Penyakit myasthenia gravis merupakan gangguan saraf dan otot yang menyebabkan kelemahan otot badan secara keseluruhan selain menjadi penyumbang kepada keadaan kanser yang dihadapinya.

Perkongsian video di akaun TikTok miliknya, Aliff Rizqie, memaparkan dirinya sedang menulis ayat-ayat suci al-Quran sambil memakai tiub nasogastrik (ryles tube) yang membantunya mendapatkan tenaga harian.

“Saya nak siapkan sebelum saya pergi. Kalau tidak sempat saya akan sambung dekat ‘sana’,” tulisnya dalam klip berkenaan.

Menurut Aliff, menulis semula al-Quran menjadi salah satu cara untuk melupakan kesakitan yang ditanggung, terutama ketika sukar melelapkan mata akibat serangan kanser.

“Saya tidak dapat tidur kerana kanser saya menyerang, untuk lupakan kesakitan saya tulis al-Quran biar saya lupa akan kesakitan saya ini,” katanya.

Kebanyakan orang ramai di ruangan komen meluahkan rasa kagum dan bangga dengan usaha lelaki tersebut yang gigih menyiapkan Mushaf al-Quran serta mendoakan kesembuhan buatnya.

“Mudah-mudahan adik Aliff diberi kesembuhan dengan menulis al-Quran adik menjadi lebih tenang. Kak doakan adik sentiasa diberi rezeki dan dipermudahkan urusan,” komen Emma.

“Semoga berkat awak tulis Mushaf al-Quran ini, ia menjadi wasilah awak sihat sepenuhnya sebelum awak pergi,” kata Farawalah.

“Kagum sungguh dengan usaha adik Aliff, semoga ada hikmah untuk kamu ye. Semoga Allah segera mengangkat segala sakit yang awak tanggung,” ujar Rini. -KOSMO! ONLINE

@aliffrizqie untuk bidadari saya #fyp #brainkanser #rylestubefeeding #pejuangkanker #myastheniagravisfighter #rylestubefeeding #cancerfighter ♬ suara asli – Salman Alpaizar
Read Entire Article
Pertanian | | | |