[VIDEO] Penunggang motosikal selisih ajal kereta ‘terbang’

18 hours ago 5
  • Oleh KOSMO!
  • 13 Jun 2025, 9:13 pm
[7:58 pm, 13/06/2025] Izzati Kosmo! Top 5: [VIDEO] Penunggang motosikal selisih ajal kereta 'terbang' Oleh KOSMO! PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal bernasib baik apabila tidak dilanggar oleh sebuah kereta yang memecut laju di sebuah persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pagi tadi. Dalam rakaman kamera papan pemuka sekitar pukul 11.45 pagi itu, kejadian difahamkan berlaku berdekatan Masjid Abu Hurairah. Kelihatan selepas lampu isyarat bertukar hijau, seorang penunggang motosikal bergerak ke depan sedikit awal sebelum sebuah kereta berwarna hitam memecut laju dari arah lain. Kereta tersebut kemudiannya melambung dan terjunam ke dalam longkang bersebelahan masjid tersebut. Dari arah rakaman kamera juga, kelihatan sebuah ambulans dan seorang penunggang motosikal bernasib baik kerana tidak dihentam oleh kereta tersebut. Bagaimanapun sebelum kereta tersebut menghentam penghadang jambatan, kelihatan ada seorang pejalan kaki sedang melalui kawasan tersebut. Sehingga kini keadaan pemandu kereta berkenaan serta kemungkinan mangsa lain tidak dapat dipastikan. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata pihaknya mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat. - KOSMO! ONLINE [7:59 pm, 13/06/2025] Izzati Kosmo! Top 5: https://www.facebook.com/share/v/16JXpGGDVh/ [8:02 pm, 13/06/2025] Izzati Kosmo! Top 5: Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta yang memecut laju di persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh, pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal bernasib baik apabila tidak dilanggar oleh sebuah kereta yang memecut laju di sebuah persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pagi tadi.

Dalam rakaman kamera papan pemuka sekitar pukul 11.45 pagi itu, kejadian difahamkan berlaku berdekatan Masjid Abu Hurairah.

Kelihatan selepas lampu isyarat bertukar hijau, seorang penunggang motosikal bergerak ke depan sedikit awal sebelum sebuah kereta berwarna hitam memecut laju dari arah lain.

Kereta tersebut kemudiannya melambung dan terjunam ke dalam longkang bersebelahan masjid tersebut.

Dari arah rakaman kamera juga, kelihatan sebuah ambulans dan seorang penunggang motosikal bernasib baik kerana tidak dihentam oleh kereta tersebut.

Bagaimanapun sebelum kereta tersebut menghentam penghadang jambatan, kelihatan ada seorang pejalan kaki sedang melalui kawasan tersebut.

Sehingga kini keadaan pemandu kereta berkenaan serta kemungkinan mangsa lain tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata pihaknya mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |