[VIDEO] Nasi kerabu ‘melayang’ diterbangkan ribut

22 hours ago 5

PETALING JAYA – Seorang peniaga nasi kerabu berdepan detik sukar apabila almari makanan yang digunakan untuk menjual juadahnya terbalik ekoran angin kencang dan hujan lebat.

Menerusi sebuah video berdurasi 35 saat yang tular di media sosial, kelihatan peniaga berkenaan mengutip semula lauk-pauk yang bertaburan di atas tanah selepas kedainya dilanda ribut.

“Ujian buat kami pada hari ini. Semoga ada rezeki selepas hujan. Keadaan ribut amat kuat,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa peniaga tersebut.

“Inilah risiko peniaga tepi jalan. Semoga awak bertabah. Saya pun jual tapi bukan tepi jalan cumanya risau juga kalau hujan lebay dan ribut kuat macam ini,” kata Sue Yah.

“Semoga dipermudahkan urusan akak ini, diharapkan selepas ini jualan semakin laris,” komen Abe Mie.

“Ujian setiap peniaga datang berbeza-beza, terus cekal dan sentiasa tabah. Pasti, ada jalannya,” kata Pok Nick. -KOSMO! ONLINE

@resellertaufufakelantan Ujian kami 10june 2025 moga ada rezeki selepas hujan🥹ribut kuat dooh…nasi kerabu budu nusuk tendong #ujian #fyp #nasikerabu #tendong #kada ♬ bunyi asal – Arani global
Read Entire Article
Pertanian | | | |