PETALING JAYA – Sikap bertanggungjawab seorang suami yang menjaga bayi dan isterinya yang baru melahirkan anak mencuri perhatian netizen di media sosial.
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Shafarin di TikTok, kelihatan seorang lelaki yang juga bapa kepada empat orang anak menyediakan makanan untuk keluarganya serta menguruskan bayinya yang masih kecil.
“Abah masak sedap atau tidak sedap makan sahaja ye wahai sayang-sayang abah,” katanya dalam klip berkenaan.
Video berkenaan turut memaparkan anak-anak pasangan itu menikmati hidangan yang dimasak oleh bapa mereka.
Tindakan lelaki berkenaan yang mengambil alih tugas isterinya sepanjang tempoh berpantang menerima pujian ramai di ruangan komen.
“Kalau lelaki bertanggungjawab memang macam ini, baru tak kisah mahu anak ramai ke apa,” kata Stella.
“Masak power (hebat). Mandikan bayi pun boleh. Ini dia suami dan bapa contoh. Semoga kekal bahagia bang,” komen Kamale.
Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan menjadikan lelaki tersebut sebagai inspirasi.
“Simple (mudah) kehidupan keluarga ini. Rumah tiada perabut bagai. Hidup saling mengambil berat dan tolong menolong. Ikatan kkeluargaan yang sangat hebat,” ujar Asmaa Ghani.
“Ketua keluarga yang pandai mainkan peranan dan bertanggungjawab patut anak-anak semua pandai uruskan tugasan memasing di rmh dengan didikan ibu ayah mereka,” balas Fida39. -KOSMO! ONLINE
@shafarin78Abg arin🫶kakct jerai🫶bby