[VIDEO] ‘Ibu bapa’ cilik jaga kembar 3

6 hours ago 2

PETALING JAYA – Kejayaan ibu bapa kepada enam beradik menyentuh hati orang ramai apabila berjaya mendidik anak pertama dan kedua untuk menjaga adik-adik mereka sejak kecil.

Satu video perkongsian ibu kepada adik-beradik di Tiktok, @MamaTriplet yang memaparkan anak sulung dan kedua keluarga itu yang masing-masing berusia tujuh dan lima tahun sedang menyediakan susu untuk tiga adik kembarnya.

Katanya, dua beradik berkenaan sudah terbiasa menjaga adik-adik yang lain kerana sentiasa meluangkan masa bersama.

“Sejak dari kecil abang dengan kakak selalu bantu kami (ibu dan bapa) uruskan adik triplet (kembar tiga) diorang (mereka),” katanya.

Menurut ibunya, anak sulung dan keduanya itu sering menawarkan diri bagi menjaga adik-adik yang lain untuk meringankan beban kedua ibu bapa.

Sementara itu, rata-rata komen memuji sifat baik kakak sulung dan anak kedua keluarga dan turut kagum dengan didikan ibu bapa tersebut.

“Pertama sekali, kagum dengan kakak dan abangnya, kedua kagum dengan kembar tiga itu yang sabar menunggu kakak, abang buat susu. Didikan yang hebat sangat,” kata @HaWa.

“Suka tengok kakak dan abang ini, sangat bertanggungjawab dan selalu bantu jaga adik-adik. Semoga membesar kekal dengan sifat-sifat terpuji ini,” komen @Roselili27.

Selain daripada mendoakan kebaikan buat kanak-kanak berkenaan, kebanyakan netizen juga turut bertanyakan tips dan nasihat daripada ibu bapa itu untuk mendidik anak-anak mereka. -KOSMO! ONLINE

@akmasyafiraSejak dari kecil abang dengan kakak selalu bantu kami uruskan adik Triplet diaorang

♬ original sound – Healing

Read Entire Article
Pertanian | | | |