[VIDEO] Dari kopi O bertukar jadi Americano air di Kelantan

3 hours ago 2

PETALING JAYA – Kopi O dan ada juga menawarkan Americano percuma dari paip rumah menjadi bahan jenaka penduduk Kelantan selepas air yang keluar didakwa berwarna hitam, susulan gangguan bekalan air di beberapa kawasan negeri itu.

Seorang pengguna Threads @w_nurshahirah mendakwa, keadaan air yang diterima di rumahnya lebih teruk daripada yang disangkakan sehingga pihak taska meminta ibu bapa mengambil anak masing-masing pada tengah hari tadi.

“Cikgu WhatsApp dalam group (kumpulan) taska anak. Minta ambil anak-anak tengah hari je hari ni sebab air tak elok. Ingat karat sikit-sikit sahaja, tengok la ni, tak yah tanya negeri mana, pastu semua orang tahu. Coffee free flow (kopi percuma tambah),” katanya menerusi satu hantaran.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna @mawaddahmahasan, turut mempersoalkan keadaan bekalan air yang diterima penduduk.

“Air kelantan hari ini. Nak mandi macam mana petang ini?” katanya.

Perkongsian berkenaan menggambarkan kebimbangan penduduk untuk menggunakan air terbabit bagi keperluan harian, terutama mandi dan urusan rumah tangga.

“Dulu teh ais, kemudia upgrade (tambah baik) jadi kopi O sekarang rasanya sama level Americano. Pekat likat tanpa gula. Sampai bila kami penduduk Kelantan kena bersabar? Air sumber makan minum, makin terdedah bahay dan penyakit anak-anak Kelantan ini,” kata @ZyrEen.

Seorang pengguna lain @ailisma_network pula berkata, keluarganya sudah menggunakan beberapa penapis air bagi mengurangkan masalah kualiti air di rumah.

“Nak merungut pun gitulah main dengan air di Kelantan. Rumah Kakju uni guna dua penapis dah yang besar dekat luar dan satu dekat dalam rumah .

“Undi kali ini memang tukar parti dah! Muktamad,” tulisnya.

Sementara itu @pwinchessyana mendakwa gangguan bekalan air berlarutan sehingga 10 hari sebelum ia kembali mengalir, namun warnanya dan kualitinya tidak sesuai untuk digunakan.

“10 hari tak ada air, ada yang buka paip dapat kopi O kaw. Tak apa Kelantan, air bersih tu kan sedang dalam proses sejak 2012. Tak lama pun 24 tahun je lagi. walaun kena sabar je sampai 2050,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |