Kinrara sudah capai standard PGM, PGAM

23 hours ago 12

KUALA LUMPUR – Kelab Golf Kinrara di sini semakin mendapat perhatian sejak melalui transformasi perubahan sehingga ia dikatakan telah bersedia untuk menganjurkan kejohanan PGM atau PGAM.

Perubahan ketara di kawasan tee box, bunker, green dan fairway itu berlaku selepas pengurusan padang diambil alih oleh Greencare Services.

Pengiktirafan itu disuarakan oleh pemenang Kinrara Merdeka Open Championship, Khairul Sarbany yang mengungguli kejohanan itu dengan catatan tujuh di atas par 78 untuk mengumpul 152 pukulan bagi dua pusingan pertandingan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Katanya, dia gembira apabila memenangi kejohanan yang dianjurkan secara profesional itu.

“Ini kali pertama saya bermain di padang ini sejak ia diambil alih oleh Greencare Services dan saya mesti katakan terdapat peningkatan yang amat ketara di fairway, tee box, bunker dan green.

“Saya boleh katakan padang ini sudah bersedia untuk menganjurkan kejohanan PGM atau PGAM,” katanya yang membawa pulang trofi dan beberapa hadiah lain.

Khairul menamatkan saingan dengan kelebihan tiga pukulan mengatasi pemain berusia 14 tahun, M Dzun Nun dan Aidil Asdi.

Seramai 104 pemain mengambil bahagian dalam kejohanan yang dianjurkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan, selain memperingati ulang tahun pertama Greencare Services Sdn Bhd selaku pengurus Kinrara GC.

Sebahagian pemain bergambar kenangan ketika menyertai Kinrara Merdeka Open Championship di Kinrara GC semalam.

Dalam kategori A Medal Stableford, Ahmad Razid Sukiran muncul pemenang selepas mengumpul 80 mata. Beliau membawa pulang trofi, beg range Spider Sunday, tali pinggang golf Under Armour dan beg hadiah Vanakkam. Ahmad Razid mengatasi Wong Teck Kim menerusi kiraan mata pemutus seri (countback).

Hafizzi Rama pula merangkul kejuaraan kategori B Medal selepas mengumpul 89 mata dengan handicap 18. Beliau turut membawa pulang beg range Spider Sunday, tali pinggang golf Under Armour dan beg hadiah Vanakkam.

Raghbir Singh, Lee Kok Wai, Wong Teck Kim dan Akhtar memenangi pakej pusingan golf di Bangkok sebagai pemenang hadiah novelty, tajaan Golftreks dan Tai Golf.

Antara penaja utama kejohanan ialah Vision Victory Empire powered by Kenanga dan Zurich, RB Chem, Crest Link, BeGolfPro, 100Plus, Under Armour, VinGolf, AGN, Golftreks, TaiGolf, Vanakkam, IROAS, Spinalive, Trackman dan AGSSG.

Read Entire Article
Pertanian | | | |