[VIDEO] ‘Ada nampak anak saya tak’

3 hours ago 1

PETALING JAYA – Ibu gajah dilihat kembali ke lokasi kejadian hari ini dipercayai masih mencari anaknya yang dilanggar mati sebuah lori Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli semalam.

Menurut perkongsian oleh @Wafiyzulkhairi di TikTok memaparkan ibu gajah berkenaan kembali ke tempat anaknya dilanggar meskipun sudah dikembalikan ke dalam hutan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Difahamkan, ibu gajah itu dilepaskan Perhilitan sejauh 1 kilometer dari kawasan kemalangan anaknya itu.

“Sayu hati, naluri ibu tidak pernah padam, dia (ibu gajah)) masih menunggu walaupun anaknya tidak akan kembali, mungkin dia bertanya secara metafora keberadaan anaknya,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menjengah ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa sedih selain mengharapkan sang ibu gajah berada di dalam keadaan yang baik sahaja.

“Kesiannya si ibu (gajah), merayau-rayau mencari anaknya, mesti dia kesedihan yang amat sangat, tentu dia tidak makan,” kata @Blackrose_24.

“Ya Allah, engkau hilangkanlah rasa kesakitan kehilangan dari hati ibu gajah ini,” komen @Mawarkasih.

Sementara itu, orang ramai turut kesal kerana ibu gajah berkenaan kemungkinan tidak sedar akan kematian anaknya kerana tidak berada di lokasi karkas anaknya ditanam.

“Seharusnya biar dia (ibu gajah) faham dia diperlihatkan masa anak dia kena tanam kerana naluri yang diberikan pasti ada kefahaman untuk setiap makhluk bergelar ibu,” kata @Jassujum.

“Mungkin sebab tak jumpa anaknya buat kali terakhir sebab itu dia rasa anak dia hidup lagi. Sedihnya,” balas @DilaRofaee.

Dalam pada itu, ada juga yang mencadangkan agar pihak kerajaan mencarikan pengganti anak gajah agar dapat mengurangkan kesedihan yang ditanggung ibu gajah berkenaan.

“Cuba bagi anak gajah yang yatim piatu untuk dia (ibu gajah) jaga, harap dapat hilangkan kesedihannya,” ujar @Wan_ee.

“Perhilitan tolong cari anak gajah lain untuk gantikan anak yang sudah tiada biar pulih emosi ibu gajah ini,” kata @Amyrudzi.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, rakaman video memaparkan seekor gajah betina cuba ‘menolak’ sebuah lori yang dipercayai melanggar mati seekor anak gajah di Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli pada 2.30 pagi semalam, mengundang reaksi sebak orang ramai.

Video berdurasi satu minit 11 saat yang tular di media sosial itu menunjukkan kemalangan membabitkan lori muatan ayam yang mana seekor anak gajah terperosok di bawah kenderaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

@kutupai Lalu jalan Jeli/Gerik tadi… nampak ibu gajah ni masih cari anak dia yang dah mati kena langgar. Sayu hati, Naluri ibu tak pernah padam… dia masih menunggu walau anaknya takkan kembali. #JalanGerik #PuncakTitiwangsa ♬ bunyi asal – DiangDiana@ – cikdyane79
Read Entire Article
Pertanian | | | |