Trafik sesak lebih 13 km sebelum Tol Gombak, 14 km di Bentong

4 hours ago 3
  • Oleh AMAL HAYATI FAUZI
  • 12 Mei 2025, 6:27 pm
Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak lebih 13 kilometer (km) sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur ketika ini ekoran pertambahan kenderaan berikutan orang ramai pulang dari kampung.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak lebih 13 kilometer (km) sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur ketika ini ekoran pertambahan kenderaan berikutan orang ramai pulang dari kampung.

Menerusi perkongsian di aplikasi X Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), trafik turut dilaporkan sesak lebih 14 km dari Karak sehingga  Plaza Tol Bentong menghala ke ibu kota.

Turut dilaporkan sesak lebih 4 km dari Plaza Tol Bentong menghala ke Lentang.

“Trafik juga sesak 3.1 kilometer dari KM 43.2 menghala ke KM 40.1 berdekatan Bukit Tinggi,”katanya.

Bagaimanapun, trafik di LPT1 dan LPT2 dilaporkan lancar ketika ini.-KOSMO! ONLINE.- KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |