‘Saya reda, semoga anak ditemui segera’

5 hours ago 3

BALING – “Saya harap anak saya dijumpai segera walau dalam apa keadaan sekalipun kerana saya sudah reda,” kata Nur Amalina Ibrahim, 37, ibu kepada kanak-kanak dikhuatiri lemas, Muhammad Aqil Fitri Hishamudin, 12.

Anak bongsu daripada dua beradik itu didapati lemas dan hilang ketika mandi bersama lapan rakannya di Sungai Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, di sini kira-kira pukul 1.45 tengah hari semalam.

Menurut Nur Amalina, kali terakhir di bersama Aqil adalah ketika menghantarnya ke Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan kira-kira pukul 7 pagi semalam

Operasi pencarian Muhammad Aqil Fitri yang dikhuatiri lemas di Sungai Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil di Baling pada semalam.

“Pada kira-kira pukul 3.50 petang, saya mendapat berita Aqil hanyut dan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya.

“Tiada apa-apa perubahan pada dirinya. Basanya balik sekolah ada pengasuhnya yang saya upah untuk mengambil dan menghantar ke rumah neneknya sementara menunggu saya balik dari bekerja untuk memastikan Aqil selamat, tetapi sangkaan saya itu melesat,” kata ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya, dia tidak menyangka anaknya turut mandi sungai kerana sebelum ini dia jarang ke sungai dan akan keluar rumah apabila rakan-rakannya memanggil.

Kosmo! Online semalam melaporkan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi sungai bersama beberapa rakannya di Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil. – KOSMO! ONLINE

,

Read Entire Article
Pertanian | | | |