Usaha sama UOB Malaysia, Bursa Malaysia bantu PKS ke arah kelestarian

5 hours ago 1

PETALING JAYA –  UOB Malaysia telah bekerjasama dengan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menerima pakai amalan mampan di samping memajukan usaha penyahkarbonan mereka.

Kerjasama ini adalah teras kepada Sustainability Accelerator Programme (SAP 2.0) Bank
yang baru diperluaskan, pertama kali dilancarkan pada bulan Oktober 2023.

Program yang dilancarkan pada Oktober 2023, SAP 1.0 bertujuan menyediakan pengetahuan asas kepada PKS yang memulakan perjalanan mereka dalam
usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Usaha ini telah didayakan melalui UOB Sustainability Compass (alat yang dibangunkan bersama dengan PricewaterhouseCoopers) dan penyelesaian pembiayaan khusus seperti U-Series (terdiri daripada U-Energy, U-Solar dan U-Drive).

Berikutan kejayaan fasa pertama ini, SAP 2.0 , bank meneruskan komitmennya untuk menyediakan pelanggan PKS dengan akses kepada Penyelesaian Perisikan Kelestarian
Berpusat (CSI) Bursa Malaysia.

Ia bertujuan untuk mengurangkan kerumitan pengiraan pelepasan dan
memudahkan pengambilan penyelesaian penyahkarbonan yang berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, di bawah Program SAP 2.0 UOB, ia adalah sebagai tambahan kepada rangkaian penyelesaian tertumpu PKS yang dipertingkatkan, Bank juga akan membiayai yuran langganan Penyelesaian CSI Bursa untuk pelanggan PKS kami.

Pelaporan pelepasan gas rumah hijau (GHG) mungkin sesuatu perkara yang
membimbangkan dalam usaha penyahkarbonan, oleh itu, dengan mengurangkan batasan ini dan membantu PKS mengira dan melaporkan pelepasan GHG mereka dengan lebih berkesan, kami berharap dapat memperkasakan lebih banyak PKS untuk melakukan peralihan.

“Saya yakin bahawa kerjasama sektor awam dan swasta yang kukuh amat penting untuk membantu syarikat dalam usaha penyahkarbonan mereka,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |