
- Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
- 8 Ogos 2025, 1:33 pm
CYBERJAYA-Empat pemimpin berpengaruh dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Presiden China,Xi Jinping dijangka bakal menghadiri sidang Kemuncak ASEAN ke- 47 yang dijadualkan berlangsung pada di Kuala Lumpur Oktober depan.
Selain itu, antara pemimpin dunia lain yang dijangka pada persidangan itu termasuklah Presiden Brazil, Lula Da Silva dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persidangan itu bakal menjadi satu perhimpunan besar yang menghimpunkan pemimpin kuasa besar bersama dengan ketua-ketua negara rantai ini.
“Ia bakal menjadi satu perhimpunan sebenar yang menghimpunkan pusat-pusat kuasa dan pengaruh utama dunia. Kita amat menantikan kehadiran ketua-ketua kerajaan ASEAN serta rakan dialog kita.
“Ia termasuklah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan saya percaya Presiden Xi Jinping dari China,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari ASEAN 2025 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE