KUALA LUMPUR – Penampilan khas penyanyi cilik, Anggrek Adenan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan bagi lebih 400 murid yang menyertai bengkel persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) anjuran Fly High Education Centre (Fly High) di Universiti Malaya semalam.
Anak penyanyi Adira Suhaimi yang juga juara Program Talk To My Manager musim kedua berusia sembilan tahun itu turut menerima Sijil Penghargaan Keistimewaan Pendidikan GenFly sekali gus kayak mendapat pendidikan tambahan tajaan Fly High selama tiga tahun.
Sabahagian peserta PKSK Fly High bergambar kenangan ketika hadir pada program di Kuala Lumpur kelmarin.Pengasas Fly High Education Centre, Wan Rafidah Wan Ali berkata, program tahunan itu menumpukan persediaan pelajar untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama serta sekolah khusus lain.
Katanya, kesemua peserta digalakkan mengenakan pakaian bertemakan kemerdekaan atau pakai seragam kegiatan kokurikulum pada acara itu bagi memupuk semangat patriotisme.
“Melalui program itu, kira kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang mengikuti kelas secara konsisten berjaya mencapai sasaran mereka, sekali gus menunjukkan kepentingan persediaan yang berterusan.
“Segmen menulis surat kepada ibu kendalian penceramah motivasi, Nazira Nazir turut mencuri perhatian apabila para peserta diberi ruang meluahkan penghargaan kepada ibu masing-masing,” katanya.
Wan Rafidah berharap semua peserta dapat merealisasikan impian untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah pilihan masing masing.
Dua sepupu dari Kelantan, Muhammad Rifqi Sufi Rashid dan Muhammad Al Fatih Mohamed Rosli, 12, turut hadir dengan persediaan sejak April lalu menerusi pembelajaran dan kelas tuisyen di rumah.
Mereka sanggup datang jauh kerana mahu belajar dan buat persediaan dengan lebih baik. Kami harap usaha ini dapat membantu kami mencapai cita cita.
Fenomena PKSK Merdeka 2026 turut disusuli sesi motivasi dan pembelajaran bersama tenaga pengajar Fly High bagi meningkatkan keyakinan serta kesediaan pelajar sebelum menghadapi PKSK yang dijadualkan bermula pada 7 Oktober depan.

5 hours ago
5















































