Pengawal selia perlu beri panduan jelas tentang amalan pengendalian kargo

2 hours ago 2

PETALING JAYA – Para pemain dalam Industri maritim menggesa pihak pengawal selia memberikan panduan yang lebih jelas mengenai amalan pengendalian kargo, khususnya melibatkan pencampuran minyak di tangki darat.

Ini adalah susulan daripada kegagalan korporat yang pernah berlaku di Singapura sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn. Bhd., Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy berkata, kejatuhan Hin Leong Trading dan Ocean Tankers (Pte) Ltd telah mendedahkan kelemahan serius dalam cara inventori minyak fizikal didamaikan dengan dokumentasi dan rekod kewangan.

Sehubungan itu,  terdapat keperluan untuk penjelasan yang lebih kukuh mengenai cara kargo dikendalikan setelah ia dicampur atau diklasifikasikan semula di kemudahan penyimpanan.

“Kes-kes tersebut mendedahkan kelemahan dalam mendamaikan stok minyak fizikal dengan rekod di atas kertas merangkumi perdagangan, penyimpanan dan operasi kapal, sekali gus menekankan risiko lebih luas berkaitan pengesahan inventori, integriti dokumentasi dan kebolehkesanan dalam rantaian bekalan petroleum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jeyenderan menerangkan, industri berisiko menghadapi jurang pematutan yang berterusan jika tanpa penjajaran yang betul antara keadaan kargo fizikal dan dokumentasi.

Sehubungan itu, dalam konteks ini, beliau menyeru agar rangka kerja peraturan yang lebih jelas diwujudkan bagi memastikan amalan pengendalian kargo, khususnya pencampuran selepas pelepasan, direkodkan dengan tepat dalam rekod rasmi.

Beliau turut menekankan keperluan piawaian yang lebih kukuh dalam penyimpanan rekod dan jejak audit, bagi memastikan kuantiti dan klasifikasi kargo yang diisytiharkan kekal konsisten dengan pergerakan fizikal sebenar.

“Ktidakselarasan antara kargo fizikal dan dokumentasi boleh membawa kepada pertikaian penilaian, risiko pematuhan, serta mengurangkan keyakinan terhadap pengawasan pengawalseliaan sektor petroleum,” jelasnya. KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |