PETALING JAYA – Five Star Trading (FST) memulakan lembaran baharu dengan penjenamaan semula sebagai langkah strategik untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam industri pawagam Malaysia.
Langkah itu diperkenalkan menerusi identiti yang disatukan, merangkumi tiga teras utama FST iaitu pameran filem, pengedaran dan produksi.
Ketua Pegawai Eksekutif FST, Dr Sai Suthan Krishnan berkata, penjenamaan semula itu mencerminkan evolusi syarikat ke arah jenama moden yang lebih dekat dengan komuniti tanpa mengetepikan legasi 40 tahun syarikat berkenaan.

“FST Cinemas kini diposisikan sebagai Your Friendly Neighbourhood Cinema bagi mendekatkan pengalaman pawagam kepada komuniti, khususnya penonton yang mencari pengalaman bermakna secara bersama,” katanya ketika majlis pelancaran itu penjenamaan baharu itu di sini baru-baru ini.
Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac.
Selain itu Sai Suthan berkata, identiti visual baharu turut diperkenalkan dengan gabungan warna hitam putih, ungu dan jingga, manakala logo FST Cinemas direka dalam bentuk ambigram yang mencerminkan kepelbagaian perspektif dalam seni.
Menurutnya, tagline Feel Stories Together menekankan elemen hubungan komuniti, disokong penambahbaikan kemudahan termasuk tempat duduk, sistem bunyi, kualiti tayangan serta pilihan makanan dan minuman.
Dalam usaha memperluas operasi, FST turut mengumumkan pembukaan sebuah pawagam baharu menjelang suku ketiga tahun hadapan menerusi kerjasama dengan YKL Capital Sdn Bhd, yang membangunkan projek The Hub Business Park di Muar.
Langkah itu selari dengan strategi syarikat yang memberi tumpuan kepada pasaran pinggir bandar dan kawasan berpotensi tinggi, selain memperkenalkan pengaturcaraan filem pelbagai bahasa di semua rangkaiannya. -KOSMO! ONLINE

1 hour ago
2










![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)



































