Ho Weng Wah (tengah) bersama pemimpin politik DAP Negeri Sembilan menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Seremban di sini, hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL/ KOSMO!
- Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL
- 4 Mei 2026, 2:24 pm
SEREMBAN – Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan, Ho Weng Wah menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap individu dikenali sebagai Chegubard susulan penyebaran dakwaan yang disifatkan berunsur fitnah di media sosial.
Weng Wah yang juga Setiausaha Organisasi DAP Negeri Sembilan merujuk kepada satu hantaran Facebook bertajuk “Anthony Loke Perlu Disiasat Atas Membiayai Entiti Haram – ‘Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong’”.
Menurut beliau, hantaran tersebut mengandungi tuduhan bahawa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah menyalurkan peruntukan dana dalam jumlah besar kepada entiti yang didakwa sebagai haram serta cuba mengaitkannya dengan kekacauan institusi Diraja Negeri Sembilan.
“Tuduhan ini tidak berasas, mengelirukan dan merupakan satu percubaan mencemarkan reputasi Menteri serta mengelirukan masyarakat umum,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa satu laporan polis telah dibuat pada 15 November 2024 di Balai Polis Jalan Campbell berhubung isu berkenaan, yang sebenarnya tidak berkaitan dengan sebarang kekacauan institusi diraja. – KOSMO! ONLINE

5 hours ago
10










![[VIDEO] ‘Rehatlah Nurfisya, kau dah bahagia di tempat tiada air mata’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/05/0730d2ac-3c53-4ff9-bbf6-fe7478da8c6b.jpeg)



































