Jimat sewa kedai, lelaki jual mi atas pokok manggis

21 hours ago 7
Tangkap layar video menunjukkan Bang Baneng memasak di atas pokok manggis. - TikTok
  • Oleh KOSMO
  • 31 Ogos 2026, 6:30 pm

JAKARTA – Seorang lelaki di Aceh Utara, wilayah Aceh mengundang perhatian orang ramai kerana menjual pelbagai jenis hidangan mi di atas pokok manggis, lapor laman berita Detik. 

Penjual dikenali sebagai Bang Baneng itu berkata, dia nekad menjual mi di atas pokok manggis kerana kekurangan modal untuk menyewa kedai. 

Menurut Bang Baneng, pelanggan yang ingin membuat pesanan boleh datang ke tempat dia berniaga dan meletakkan pesanan mereka ke dalam baldi yang diikat dengan tali. 

Untuk proses pembayaran, pelanggan boleh memasukkan duit ke dalam baldi yang sama atau melakukan transaksi dengan mengimbas kod QR yang ditampal. 

Bang Baneng berniaga pada setiap hari kecuali Jumaat bermula pukul 2 petang (waktu tempatan) sehingga 5.30 petang. 

Namun, dia tidak akan berniaga jika hujan. – AGENSI

Read Entire Article
Pertanian | | | |