Suami ‘out station’, bini bawa balik lelaki lain ke rumah

3 hours ago 3

KLUANG – Tindakan seorang wanita membawa masuk seorang lelaki ke dalam rumah ketika suaminya tiada di rumah di Taman Sri Impian di sini, membawa padah apabila perbuatan itu dikesan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), malam semalam.

JAINJ dalam kenyataan berkata, ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 12.30 tengah malam, lelaki yang juga seorang duda berusia lingkungan 40 tahun itu cuba meloloskan diri melalui pintu belakang.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu tidak berjaya apabila pihak penguat kuasa sudah bersedia dan menjangkakan tindakan sedemikian dengan meletakkan anggotanya di pintu belakang rumah.

Katanya, hasil daripada pemeriksaan mendapati ada seorang kanak-kanak sedang tidur di dalam salah satu bilik selain seorang wanita berusia 40 tahun yang masih bersuami di dalam rumah berkenaan.

“Cubaan lelaki itu memberikan alasan kehadirannya di dalam rumah itu hanya untuk menghantar makanan tidak dapat memperdaya pihak penguat kuasa kerana semakan mendapati dia bukan petugas penghantar makanan.

“Malah, tindakan lelaki yang meletakkan motosikal ditunggangnya jauh dari rumah wanita berkenaan bagi mengelak diketahui jiran turut menimbulkan persoalan tentang kehadirannya dalam rumah berkenaan,” katanya.

Menurut JAINJ, siasatan awal mendapati wanita dan lelaki berkenaan telah mula berkenalan sejak kira-kira setahun lalu hasil daripada pertemuan ketika beriadah berhampiran tasik di taman perumahan itu.

Katanya, bermula daripada itu, mereka saling berhubung melalui aplikasi WhatsApps sehingga membawa kepada hubungan pasangan kekasih tanpa diketahui suaminya yang sering melakukan tugas luar daerah.

“Lelaki berkenaan yang turut tinggal di taman perumahan sama datang ke rumah wanita berkenaan ketika suaminya tiada di rumah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |