Rakan Zara bongkar cerita sebenar?

1 week ago 14

PETALING JAYA – Tular di media sosial ucapan ‘tahniah’ buat rakan Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, dikenali sebagai Yasmin yang dikatakan telah membongkarkan cerita sebenar.

Tinjauan di media sosial rata-rata orang ramai mengucapkan tahniah kepada Yasmin yang telah tampil ke hadapan sebagai saksi berhubung kes Zara.

“Tahniah Yasmin, langkah berani ini bukan mudah. Suaramu boleh membuka kebenaran, menyelamatkan nyawa lain dan memberi keadilan kepada Allahyarham,” kata M Jay.

“Semoga ada sinar buat adik Zara, untuk adik Yasmin, terima kasih,” komen Zakaria.

“Yang ada dekat dengan Yasmin, tolong lindungi dia. Sekiranya benar, dia satu-satunya saksi yang boleh bagi keterangan apa sebenarnya berlaku,” komen Calvin.

Difahamkan Yasmin telah mendedahkan bahawa punca kematian Zara.
Bagaimanapun, tiada kesahihan mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini orang ramai meminta Yasmin agar tampil ke hadapan sebagai saksi bagi membantu berhubung kes kematian Zara.

Ia selepas tular satu rakaman antara Zara dan ibunya Noraidah Lamat, 45, yang mencuri perhatian orang ramai.

Allahyarham Zara Qairina merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama pada pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pihak sekolah.

Ibu mangsa menerusi satu kenyataan memaklumkan kubur Zara Qairina perlu digali semula dengan kadar segera bagi membolehkan satu bedah siasat dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian remaja itu.

Tindakan itu bagi membolehkan satu bedah siasat dijalankan untuk menentukan punca sebenar kematian mangsa. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |