Piala Sumbangsih: Selangor optimis mampu imbangi kekuatan

1 week ago 10

JURULATIH Selangor FC, Katsuhito Kinoshi tidak gentar untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan optimis anak buahnya mampu menyaingi kekuatan Harimau Selatan pada aksi Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Kinoshi akui kehebatan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang cukup dominan setelah mendominasi Liga Malaysia (Liga M) sejak 11 tahun kebelakangan ini, bahkan pernah beberapa kali membolot semua kejuaraan semusim.

Jelas pengendali kelahiran Jepun itu, kualiti yang dimiliki Harimau Selatan tidak boleh disanggah, namun beliau enggan menyerah kalah sebelum perlawanan berlangsung.

“Kami akan beri kesukaran buat mereka pada perlawanan itu, kehadiran beberapa muka baharu seperti Zach Clough, Picha Autra dan Kevin Deeromram diyakini mampu memberikan yang terbaik walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam Liga M.

“Ini kerana ketiga-tiga pemain ini berpengalaman luas bola sepak dan saya tidak risau mengenai reputasi mereka. Mereka juga dapat membentuk keserasian yang baik dan mula mengadaptasi corak permainan yang ditekankan sepanjang tujuh minggu ini.

“Walaupun ada perlawanan pramusim yang kurang memberangsangkan, kami berjaya mengesan kelemahan yang perlu diperbaiki selain mempertingkat kekuatan yang sedia ada,” katanya.

Kinoshi berkata, walaupun dilihat sebagai pasukan bukan pilihan untuk memenangi Piala Sumbangsih, beliau percaya akan kemampuan pasukan untuk mencipta kejutan.

Katanya, Red Giants mungkin akan tampil dengan corak permainan yang lebih bertahan dengan memperkuat bahagian tengah bagi memastikan pasukan tuan rumah tidak terlalu berleluasa mengawal permainan.

“Namun, tidak hanya akan bertahan, sebaliknya cuba untuk mencari ruang untuk mencipta gol. Oleh itu, penting buat pasukan melakukan transisi pantas bagi membentuk serangan.

“Justeru, pemain perlu memberi lebih daripada 100 peratus pada perlawanan tersebut, ia bukanlah semudah kata namun ini yang perlu dilakukan bagi mengekang JDT,”

Read Entire Article
Pertanian | | | |