Piala Dunia Kelab: PSG calon utama jadi juara

14 hours ago 6

PARIS – Tidak keterlaluan untuk mengatakan Paris Saint-Germain (PSG) sebagai pilihan No. 1 untuk bergelar juara Piala Dunia Kelab (CWC) 2025 yang hadir dengan format baharu apabila disertai 32 pasukan seluruh dunia.

PSG yang meraih slot automatik ke saingan yang bakal berlangsung di bumi Amerika Syarikat (AS) selaku pasukan paling konsisten Eropah itu, hadir dengan reputasi gah apabila bergelar juara quadruple dengan menjulang empat trofi tahun ini.

Lebih manis, skuad Le Parisiens yang dikendalikan oleh Luis Enrique menjadi kelab pertama dari Perancis meraih gelaran trebel apabila mendominasi Ligue 1, Piala Perancis dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL)

Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mengakui pasukannya terdesak untuk terus memahat sejarah dalam kejohanan bertaraf kelab paling berprestij di dunia dengan bergelar juara.

“Ini adalah kesempatan luar biasa bagi PSG untuk tunjuk kemampuan kami di mata dunia. Kami telah mempersiapkan pasukan secara maksimum supaya bersaing sengit dengan kelab-kelab dari benua lain,” kata Al-Khelaifi.

Taktikal ampuh Enrique pastinya ditagih pasukan dalam usaha memastikan PSG mengekalkan momentum seperti ditampilkan ketika ini.

“Ini adalah pertandingan yang membuatkan kami semua teruja kerana dapat lihat secara fakta pasukan mana yang akan dilabel terbaik di dunia.

“Kami menjadi kelab tunggal Perancis pada kejohanan ini dan harap dapat menghadiahkan pasukan kejuaraan,” kata Enrique.

Pemain tumpuan PSG pada kempen kali ini sudah pastilah calon pemenang Ballon d’Or 2025, Ousmane Dembele dan calon penerima Anugerah Golden Boy, Desire Doue yang dianggap sebagai penggempur berbisa pasukan kali ini.

Namun, nadi utama PSG yang sebenar boleh dikatakan di posisi tengah dipacu oleh Vitinha selain penjaga gol, Gianluigi Donnarumma yang begitu tenang di atas padang.

INFO

KUMPULAN B

PARIS SAINT-GERMAIN

Negara: Perancis

Nama gelaran: Les Parisiens

Jurulatih: Luis Enrique

Kapten: Marquinhos

Tiket kelayakan: Pasukan No. 2 ranking paling konsisten Eropah

Read Entire Article
Pertanian | | | |