Nur Bisyarah hilang selepas dihantar keluarga ke Polisas

1 week ago 13
Nur Bisyarah
  • Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
  • 8 Ogos 2025, 4:49 pm

KUANTAN – Polis sedang giat mengesan seorang penuntut wanita Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) yang dilaporkan hilang sejak empat hari lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa Nur Bisyarah Ahmad Firdaus,22, yang berasal dari Bentong dihantar ke politeknik berkenaan oleh keluarganya pada 1 Ogos lalu.

“Selepas itu dia tidak dapat dihubungi dan keluarganya tidak pasti dia berada di dalam Politeknik atau tidak sebelum laporan polis dibuat pada 4 Ogos lalu.

“Polis masih dalam siasatan dan meminta kerjasama orang ramai jika ada maklumat atau mengenalpasti pelajar perempuan ini,”katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuantan di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini.

Pada majlis itu Yahaya menyaksikan majlis serah tugas antara Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud kepada Asisten Komisioner Ashari Abu Samah.

Menurut Yahaya orang ramai yang mempunyai maklumat atau berjumpa dengan remaja perempuan itu boleh menghubungi Balai Polis Kuantan di talian 012-9005989 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.-KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |