Seorang lelaki warga Indonesia maut dirempuh kenderaan ketika melintas lebuh raya di
kilometer 238.4, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di sini, pagi tadi.
- Oleh NOR AINNA HAMZAH
- 9 Ogos 2025, 2:04 pm
REMBAU – Seorang lelaki warga Indonesia maut dirempuh kenderaan ketika melintas lebuh raya di Kilometer 238.4, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, dalam kejadian pukul 8.18 pagi itu, pihaknya telah menerima maklumat kejadian itu melibatkan pejalan kaki berusia 32 tahun dengan kenderaan jenis Mercedes-Benz.
“Siasatan awal mendapati semasa di lokasi kejadian seorang pejalan kaki iaitu warga Indonesia bekerja sebagai kelindan lori dipercayai melintas jalan dari lorong kecemasan untuk ke lorong sebelah kanan.
“Sebelum itu, lori yang dinaiki berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit dan pejalan kaki secara tiba-tiba kelindan melintas jalan sebelum dilanggar oleh kenderaan dipandu lelaki warga emas,” katanya di sini hari ini.
Ujar Azmi lagi, mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian. – KOSMO! ONLINE

2 months ago
46















![[VIDEO] Drebar bas pecut elak ditahan sebab ikut cakap majikan](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-11.34.19_a5272c08.jpg)


![[VIDEO] ‘Guru besar ke? Nampak besar sangat ‘kabel’ dia guna…’](http://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-07-at-10.32.20_1d1c3e72.jpg)






























