Kru warga Indonesia maut, empat cedera kapal tangki terbakar

1 week ago 12

KOTA TINGGI – Seorang kru kapal warga Indonesia maut, manakala empat lagi mengalami kecederaan dalam insiden sebuah kapal tangki di perairan
Johor Timur di sini petang semalam.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (_PMM) Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, aduan diterima Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada pukul 9.30 malam daripada pemancing yang melalui kawasan tersebut.

Katanya, pemancing berkenaan melihat sebuah kapal tangki dengan tanda nama MT 108 terbakar pada pukul 6 petang di kedudukan 36 batu nautika timur Tanjung Sedili Kechil.

Menurutnya, sejurus aduan diterima, Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) diaktifkan dan KM Satria segera diatur gerak ke lokasi kejadian. Turut dibantu aset bot, Perkasa 30 daripada Zon Maritim Tanjung Sedili dan Penggalang 43 daripada Zon Maritim Mersing.

SEORANG kru Indonesia maut selepas sebuah kapal tangki dengan tanda nama MT 108 terbakar di kedudukan 36 batu nautika timur Tanjung Sedili Kechil, Kota Tinggi petang semalam.

“Hasil siasatan awal dan perkongsian maklumat daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima mangsa telah dibantu dan dibawa oleh bot yang berada berhampiran ke darat.

“Seorang lelaki warga Indonesia berusia 42 tahun telah meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat. Empat lagi mangsa lelaki terdiri daripada seorang warga tempatan dan selebihnya warga Indonesia berumur lingkungan 31 hingga 49 tahun dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, setakat ini, jumlah keseluruhan kru masih dalam siasatan MRSC Johor Bahru dan OP CARILAMAT dilaksanakan seluas 8.0 batu persegi melibatkan sebuah kapal dan dua bot ronda APMM. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |