Kes tulang ayam: Tiga remaja bebas dengan jaminan polis

1 week ago 13
Tangkap layar video tular tiga remaja makan di restoran makanan segera dan didakwa memberikan sisa tulang ayam kepada gelandangan.
  • Oleh NOR AINNA HAMZAH
  • 7 Ogos 2025, 11:48 am

SEREMBAN – Tiga remaja lelaki termasuk seorang juvana yang ditahan susulan kes memberi sisa makanan iaitu tulang ayam kepada seorang gelandangan, telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian itu berlaku di daerah ini dan kesemua mereka ditangkap polis kelmarin di Johor serta direman pada hari sama.

“Kita ada buat tangkapan di Johor ke atas tiga remaja lelaki berusia antara 14 hingga 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes tular yang berlaku di daerah ini.

“Reman selama dua hari bermula kelmarin, namun kesemua mereka sudah pun dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam selepas dirakam keterangan,” katanya hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu kenyataan mengaibkan yang boleh menyebabkan pecah keamanan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. – KOSMO! ONLINE

Read Entire Article
Pertanian | | | |